SAMBUNGAN ....
·
Antara
kelemahan tulisan jawi ialah kurang abjad vokal dan diftong, tiada huruf besar,
sukar eja perkataan asing, bentuk abjad berubah bila disambung dan abjad tidak
sesuai dengan lidah melayu seperti ص غ ف ق ش
ض ذ ظ ط ح خ ع ث.
·
Kelebihan
jawi ialah boleh mengeja perkataan arab menurut ejaan dan lidah arab.
·
Pada tahun
1972 Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain mencadangkan penggunaan tanda baris
sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan vokal ي و ا iaitu baris atas untuk vokal a, baris bawah untuk vokal i, baris
hadapan untuk vokal u, ‘ untuk vokal o, untuk vokal e pepet dan tanpa tanda
baris untuk e taling.
·
Pada tahun
1983 atas usaha DBP, Awang Mohamad Amin telah menghasilkan satu penyelidikan
tulisan jawi bertajuk Satu Kajian
Terhadap Kaedah Ejaan Jawi Za’ba.
·
Hasil kajian
itu telah mencetus penubuhan sebuah Jawatan Kuasa Ejaan Jawi DBP untuk menyemak
sistem tulisan jawi pada masa itu khususnya ejaan Za’ba.
·
Pengerusi JK
tersebut Hj. Hamdan Hj Abdul Rahman menyatakan tujuan JK tersebut adalah untuk mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan
yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang
longgar.
·
Cadangan JK
tersebut dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi di Terengganu
pada tahun 1984.
·
Hasil dari
bengkel tersebut, pada tahun 1986 diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP.
·
Antara
keseragaman dalam buku PEJYD ialah konsonan melambangkan huruf v, penulisan imbuhan –an, i, penulisan
kata ulang dan penulisan akronim.
·
Pada tahun
1988 DBP menerbitkan buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.
No comments:
Post a Comment