1.1
Sejarah dan
perkembangan tulisan jawi.
1.1.1 Perkembangan
Di Malaysia
·
Tulisan jawi
berasal dari tulisan Arab yang sampai ke kepulauan Melayu seiring dengan
kedatangan Islam.
·
Terdapat
pelbagai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu, sama ada dari timur (Cina) dan
barat (Arab, Farsi dan India).
·
Asal usul
istilah jawi tidak diketahui.
Kemungkinan asal dari perkataan Arab al-
jawah.
·
Pada mulanya
orang arab menggunakan sistem tulisan arab untuk menulis bahasa Melayu tetapi
timbul kekeliruan membacanya kerana sistem tulisan arab ditulis tanpa baris.
·
Justeru itu
pada peringkat awalnya untuk elak kekeliruan tanda baris termasuk tasydid digunakan dalam tulisan jawi.
·
Kajian
perkembangan sistem ejaan jawi banyak dilakukan oleh tokoh barat seperti Shellabear, Wilkinson,
Marsden, R.O.Winstedt.
·
Manakala
tokoh Melayu pula ialah Raja Ali Haji dan Muhammad Ibrahim anak Abdullah Munshi.
·
Tokoh Melayu
terulung dalam kajian tulisan jawi ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba).
·
Za’ba
menyatakan antara punca ketidak-seragaman tulisan jawi ialah sistem pemvokalan,
sistem ejaan suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi,
penggunaan abjad alif, waw, ya dan
hamzah, pengejaan bunyi a pada
akhir suku kata.
·
Za’ba
membincangkan tentang kaedah ejaan jawi dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940) dan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949).
·
Tokoh lain
yang menulis mengenai kaedah ejaan jawi ialah Raja Haji Muhammad Tahir Rencana Melayu (1928), Mejar Datuk Haji
Muhammad Said Sulaiman Buku Katan (1936)
dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).
·
Tahun 1954,
kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua telah membuat perbandingan tulisan
rumi dan jawi.
·
Hasilnya
dalam Memorandum Mengenai Tulisan Rumi
Untuk Bahasa Melayu (1954) telah menyimpulkan 11 kelebihan tulisan rumi, 1
kelebihan tulisan jawi, 12 kelemahan tulisan jawi dan 1 kelemahan tulisan rumi.
No comments:
Post a Comment