CD Jawi Translater dan CD Kamus 3 Bahasa ialah satu penerbitan perisian yang dibangunkan oleh seorang kakitangan Universiti tempatan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam tuntutan kurikulum P&P j-QAF.
CD Jawi Translater, adalah pembangunan perisian yang disesuaikan dengan perisian Microsoft, di mana pengguna boleh menaip tulisan Jawi ke Rumi atau sebaliknya dengan sekali klik sahaja. Kerja-kerja penyediaan kertas kerja oleh pelajar dan guru atau penyediaan kertas soalan oleh guru dan pensyarah dalam tulisan Jawi akan menjadi teramat mudah dengan menggunakan perisian ini.
Begitu juga dengan penerbitan kedua, CD Kamus 3 Bahasa yang membolehkan 3 bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris dan Arab boleh disemak makna sesuatu perkataan secara tepat dan pantas menggunakan perisian ini.
Terjemahannya telah disemak berdasarkan Kamus Daftar Jawi-Rumi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Oxford dan Kamus Al-Marbawi Mesir untuk memastikan terjemahan yang tepat dan memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa.
Semoga usaha murni ini akan diredhai oleh Allah S.W.T. :)
No comments:
Post a Comment